Thursday 22 December 2011

JK Pengurusan Harta Intelek

Merujuk kepada keputusan mesyuarat JK Harta Intelek bertarikh 5 Disember 2011, terdapat 46 projek perlu diseragamkan. Laporan mesyuarat boleh didapati di sini.

Sehubungan dengan itu, 46 kumpulan seperti yang tersenarai dalam laporan tersebut perlu menyediakan Buku Manual sebagaimana yang diputuskan oleh mesyuarat. Bagi tujuan itu, sila klik di sini untuk dapatkan template buku manual beserta contoh yang telah disediakan oleh Bhg. Audit Prestasi.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 6 December 2011

Mesy. JK Harta Intelek

Sukacita dimaklumkan bahawa, Mesyuarat JK Harta Intelek telah diadakan seperti berikut:


Tarikh : 5 Disember 2011
Tempat : JPS Ampang.

Untuk mendapatkan salinan dokumen, sila klik pada link seperti senarai di bawah.

i. Slides myIPO
ii. Laporan Pengurusan Harta Intelek JPS Malaysia 2011

Sekian, terima kasih.

Tuesday 14 June 2011

BENGKEL PENANDAARASAN (13 - 14 JUN 2011)

Bengkel Penandaarasan telah berlangsung pada 13 - 14 Jun 2011 bertempat di JPS Cawangan Ampang dan telah menjemput penceramah dari INTAN untuk menyampaikan taklimat. Bengkel ini  bertujuan untuk memberi pendedahan dan membantu wakil bahagian mengenai kaedah dan proses pelaksanaan selaras dengan Tindakan No. 2 dalam Pelan Tindakan Inovasi iaitu PENANDAARASAN . Wakil setiap JPS Bahagian telah hadir dan diketuai oleh pegawai gred J48 dan ke atas.

Syabas kepada peserta kerana telah berjaya menamatkan Bengkel Penandaarasan tersebut..!! 

Tuesday 7 June 2011

BENGKEL PENANDAARASAN

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada Tindakan No. 2; Penandaarasan dalam Garis Panduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi yang melibatkan semua JPS Bahagian, sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Penandaarasan akan diadakan pada :-

Tarikh       : 13 - 14 Jun 2011 (Isnin - Selasa)
Masa         : 8.30 pagi – 5.00 Petang
Tempat     : DEWAN DAHLIA, K-Dicode, JPS Cawangan Ampang.

Sehubungan dengan itu dipohon Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mencalonkan tiga (3) orang pegawai daripada pejabat Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mengikuti bengkel tersebut yg diketuai oleh pegawai gred 48 ke atas dan menyerahkan borang maklumbalas kehadiran sebelum 9 Jun 2011.

Dipohon juga peserta bengkel untuk membawa cadangan fungsi utama dan agensi yang akan ditandaaras serta sebuah laptop dari pejabat masing-masing untuk kegunaan semasa latihan dalam kumpulan. Kos penginapan dan pengangkutan adalah ditanggung oleh pejabat masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Nur Sa'idah bt Kamis di talian 03-2697 2955 atau Pn Rosilawati bt Misdi Alhaj di talian 03-2697 3153.

Sekian, terima kasih.

Friday 27 May 2011

KP SERU WARGA AKTIF MENYUMBANGKAN IDEA MELALUI BANK IDEA

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

Pada perhimpunan pagi JPS bertarikh 20 Mei 2011 yang lalu, KP menyeru semua warga JPS untuk berfikiran kreatif dan inovatif dengan memberikan sebarang cadangan dan idea bagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan JPS.

Susulan dari itu, Bank Idea JPS secara atas talian telah diwujudkan bagi memudahkan warga mencurahkan idea. Setiap idea yang didepositkan ke dalam Bank Idea akan dikumpul setiap bulan dan dibentangkan semasa Mesyuarat Ketua Bahagian untuk diperhalusi dan dikenalpasti idea-idea yang bernas dan boleh digunakan Jabatan.

Penyumbang idea-idea yang BERNAS dan TERBANYAK berpeluang menerima pengiktirafan dari Jabatan yang akan disampaikan pada Hari Inovasi yang bakal diadakan pada bulan Oktober kelak.

Untuk memberikan sebarang cadangan serta idea, sila layari 
http://www.water.gov.my/index.php?option=com_smartformer&formid=7 

Bersamalah kita menyahut seruan KP dan ke arah transformasi JPS.

Tuesday 10 May 2011

Invention & Innovation Tecnology Exhibition (ITEX)

Sukacita dimaklumkan bahawa pameran bagi memperkenal & mempersembahkan produk-produk dengan inovasi terkini hasil dari universiti, institut penyelidikan, personel mahupun sektor korporat dari seluruh Asia dan Eropah kini akan berlangsung seperti butiran berikut :

Tarikh : 20-21 Mei 2011
Tempat : Kuala Lumpur Convention Centre

Maklumat lanjut berkenaan pameran tersebut, boleh diperolehi di sini.

Wednesday 27 April 2011

Pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi, JPS Malaysia, 2011



Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan pertandingan mencipta tema Hari Inovasi JPS Malaysia 2011 anjuran Bahagian Audit Prestasi diadakan bagi memberi peluang warga JPS menyumbang idea dalam melaksanakan Hari Inovasi JPS Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung bulan November ini. Sila rujuk di sini, untuk surat jemputan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Jun 2011. Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan didahului ucapan terima kasih. Untuk menyertai, sila isikan borang penyertaan di atas.

BULETIN INOVASI JPS - Bil. 1/2011

Sukacita dimaklumkan, Buletin Inovasi JPS keluaran pertama telah diterbitkan dan kini dipaparkan di laman web JPS. Sila klik di sini untuk dapatkan salinan anda.

Tuesday 26 April 2011

PENYERTAAN PERTANDINGAN DAN PAMERAN INOVASI & REKACIPTA

 (ITEX 2011)
DI KLCC PADA 20 – 22 MEI 2011

  • Pameran dan Pertandingan Inovasi & Rekacipta peringkat antarabangsa atau ITEX 2011 yang sangat berprestij ini dianjurkan oleh Malaysian Invention and Design Society (MINDS). 
  • Ia adalah merupakan salah satu acara di mana perekacipta-perekacipta dari seluruh pelusuk dunia termasuk penyertaan daripada universiti-universiti, pusat-pusat penyelidikan, badan-badan korporat, pusat kemahiran, sekolah-sekolah dan orang perseorangan menyumbangkan idea dan inovasi atau pengetahuan dalam bidang sains untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta atau menemui sesuatu yang baru.
  • ITEX ini juga merupakan salah satu laluan dan platform kepada perekacipta untuk mengkomersilkan ciptaan atau penemuan mereka kepada orang ramai. 
  • Untuk salinan surat jemputan penyertaan daripada pihak penganjur, boleh didapati di sini.  

Monday 25 April 2011

Ocean of Change

WHEN Prime Minister Datuk Seri Najib Razak met his Facebook friends in Kuching recently, he told them that one of the books that have influenced him is the international bestseller, Blue Ocean Strategy. In this book on business strategy, the image of the blue ocean is used to describe the "uncontested market space" where the opportunities for profitable growth are unlimited, in contrast to the red ocean where "bloody competition" severely limits commercial success. Like many other business books, the illustrative list of case studies that illuminates the success of the strategy comes from the business world. But this has not limited attempts to apply its principles in repositioning non-commercial institutions such as museums and public libraries. In fact, for the prime minister, it is a management strategy that can be adopted and applied in transforming government as it is about thinking out of the box. Indeed, as applying the blue ocean strategy does not always require something new but simply a new way of doing things, this has rightly been a focus of many of the initiatives under the actionable framework of the Government Transformation Programme. In the case of the National Key Results Area on crime, for example, where the target is to reduce street crime by 20 per cent and the overall crime index by five per cent, the strategy since last year has been to boost police presence, not by increasing recruits, but by reassigning administrative tasks to civilian staff and, thereby, releasing those who had hitherto been desk-bound for beat patrols.

As in this case of curbing crime, all the initiatives under the Blue Ocean Strategy announced by the prime minister on Saturday have leveraged on untapped resources and potential, such as mobilising soldiers to replace the police in patrolling the borders, training policemen in underused army training centres, rehabilitating petty criminals in military camps, or growing crops on idle army land. An additional advantage of making use of the existing human and physical resources in such a manner is that it cuts across government agencies and avoids the sometimes wasteful division of labour and duplication of resources. Moreover, when it is cheaper by RM281 million to build five rehab centres in army camps instead of five new prisons and the bill for training 10,000 constables in military facilities is RM600 million less, this is clearly an added incentive for using the strategy. Considering the heavy fiscal weight of public expenditure and the need to narrow the budget deficit, any strategy that maximises output and minimises cost is a good strategy.