Monday 21 March 2011

LAPORAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INOVASI JPS MALAYSIA BAGI SUKU TAHUN PERTAMA (JAN –MAC 2011)


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami no. rujukan (30) BAP 3/2 Jld. 3 bertarikh 21 Januari 2011 dan no. rujukan (49) BAP 3/2 Jld 3 bertarikh 1 Mac 2011 adalah berkaitan.

2.            Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan maklum, Pelan Tindakan Inovasi perlu diterapkan di dalam Rancangan Kerja Tahunan Bahagian dan mencapai sekurang-kurangnya 80% markah penilaian di dalam sasaran kerja tahunan. Penilaian ini akan dilaksanakan pada setiap suku tahun dan pencapaiannya akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi JPS Malaysia.

3.            Sehubungan dengan itu, Pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi bagi suku tahun pertama akan dinilai bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Mac 2011. Oleh yang demikian, sukacita dipohon kerjasama dari pihak Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mengemaskini semua laporan dan maklumat yang berkaitan dalam E-Pusat Sumber Inovasi JPS Malaysia selewat-lewatnya pada 30 Mac 2011 untuk tindakan kami selanjutnya. Bagi tujuan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan boleh memuat turun garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi JPS Malaysia dan Format Pelaporan di sini.

4.            Kerjasama dan perhatian dari Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
                Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment