Friday 27 May 2011

KP SERU WARGA AKTIF MENYUMBANGKAN IDEA MELALUI BANK IDEA

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

Pada perhimpunan pagi JPS bertarikh 20 Mei 2011 yang lalu, KP menyeru semua warga JPS untuk berfikiran kreatif dan inovatif dengan memberikan sebarang cadangan dan idea bagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan JPS.

Susulan dari itu, Bank Idea JPS secara atas talian telah diwujudkan bagi memudahkan warga mencurahkan idea. Setiap idea yang didepositkan ke dalam Bank Idea akan dikumpul setiap bulan dan dibentangkan semasa Mesyuarat Ketua Bahagian untuk diperhalusi dan dikenalpasti idea-idea yang bernas dan boleh digunakan Jabatan.

Penyumbang idea-idea yang BERNAS dan TERBANYAK berpeluang menerima pengiktirafan dari Jabatan yang akan disampaikan pada Hari Inovasi yang bakal diadakan pada bulan Oktober kelak.

Untuk memberikan sebarang cadangan serta idea, sila layari 
http://www.water.gov.my/index.php?option=com_smartformer&formid=7 

Bersamalah kita menyahut seruan KP dan ke arah transformasi JPS.

No comments:

Post a Comment