Tuesday 7 June 2011

BENGKEL PENANDAARASAN

Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk kepada Tindakan No. 2; Penandaarasan dalam Garis Panduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi yang melibatkan semua JPS Bahagian, sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Penandaarasan akan diadakan pada :-

Tarikh       : 13 - 14 Jun 2011 (Isnin - Selasa)
Masa         : 8.30 pagi – 5.00 Petang
Tempat     : DEWAN DAHLIA, K-Dicode, JPS Cawangan Ampang.

Sehubungan dengan itu dipohon Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mencalonkan tiga (3) orang pegawai daripada pejabat Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan untuk mengikuti bengkel tersebut yg diketuai oleh pegawai gred 48 ke atas dan menyerahkan borang maklumbalas kehadiran sebelum 9 Jun 2011.

Dipohon juga peserta bengkel untuk membawa cadangan fungsi utama dan agensi yang akan ditandaaras serta sebuah laptop dari pejabat masing-masing untuk kegunaan semasa latihan dalam kumpulan. Kos penginapan dan pengangkutan adalah ditanggung oleh pejabat masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Nur Sa'idah bt Kamis di talian 03-2697 2955 atau Pn Rosilawati bt Misdi Alhaj di talian 03-2697 3153.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment