Showing posts with label Pusat Sumber Inovasi. Show all posts
Showing posts with label Pusat Sumber Inovasi. Show all posts

Monday, 25 April 2011

Ocean of Change

WHEN Prime Minister Datuk Seri Najib Razak met his Facebook friends in Kuching recently, he told them that one of the books that have influenced him is the international bestseller, Blue Ocean Strategy. In this book on business strategy, the image of the blue ocean is used to describe the "uncontested market space" where the opportunities for profitable growth are unlimited, in contrast to the red ocean where "bloody competition" severely limits commercial success. Like many other business books, the illustrative list of case studies that illuminates the success of the strategy comes from the business world. But this has not limited attempts to apply its principles in repositioning non-commercial institutions such as museums and public libraries. In fact, for the prime minister, it is a management strategy that can be adopted and applied in transforming government as it is about thinking out of the box. Indeed, as applying the blue ocean strategy does not always require something new but simply a new way of doing things, this has rightly been a focus of many of the initiatives under the actionable framework of the Government Transformation Programme. In the case of the National Key Results Area on crime, for example, where the target is to reduce street crime by 20 per cent and the overall crime index by five per cent, the strategy since last year has been to boost police presence, not by increasing recruits, but by reassigning administrative tasks to civilian staff and, thereby, releasing those who had hitherto been desk-bound for beat patrols.

As in this case of curbing crime, all the initiatives under the Blue Ocean Strategy announced by the prime minister on Saturday have leveraged on untapped resources and potential, such as mobilising soldiers to replace the police in patrolling the borders, training policemen in underused army training centres, rehabilitating petty criminals in military camps, or growing crops on idle army land. An additional advantage of making use of the existing human and physical resources in such a manner is that it cuts across government agencies and avoids the sometimes wasteful division of labour and duplication of resources. Moreover, when it is cheaper by RM281 million to build five rehab centres in army camps instead of five new prisons and the bill for training 10,000 constables in military facilities is RM600 million less, this is clearly an added incentive for using the strategy. Considering the heavy fiscal weight of public expenditure and the need to narrow the budget deficit, any strategy that maximises output and minimises cost is a good strategy.

Thursday, 31 March 2011

Agensi Kerajaan Perlu Terap Strategi Lautan Biru Capai Objektif NKRA - Najib

KLUANG, 26 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri mahukan pemikiran Strategi Lautan Biru diterapkan dengan lebih meluas di kalangan agensi kerajaan bagi mencapai objektif di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Pertahanan dalam Program Pemulihan Pemasyarakatan yang dilancarkan Sabtu sebagai contoh pemikiran terbabit.

"Menerusi penerapan pemikiran 'Strategi Lautan Biru', agensi kerajaan dapat mencapai objektif-objektif di dalam NKRA dengan kos yang minimum," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota di sini.

Menurut beliau, pemikiran "Strategi Lautan Biru" itu melibatkan pemikiran di luar kebiasaan dengan mengaplikasikan cara-cara yang kreatif dan inovatif, tetapi dalam masa yang sama dengan kos yang minimum.

Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini yang dilancarkan hari ini melibatkan sekumpulan penempatan banduan di dalam kawasan kem tentera dengan kawalan keselamatan yang minimum.

Perdana Menteri berkata, menerusi program pemulihan pemasyarakatan itu, kerajaan telah dapat menjimatkan kos apabila ia tidak perlu membina penjara baru yang setiap satunya bernilai di antara RM50 juta hingga RM60 juta.

"Menerusi program ini, kerajaan hanya membelanjakan RM4.5 juta untuk membina satu pusat pemulihan pemasyarakatan," katanya sambil menambah, di dalam Rancangan Malaysia ke-10, kerajaan hanya akan membina sebuah penjara.

Katanya, program ini juga baik kerana ia mengasingkan banduan yang melakukan kesalahan ringan daripada pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan berat dan mengelak mereka daripada dipengaruhi.

"Ketika melawat pusat pemulihan itu, saya berkesempatan bertemu dan berbual dengan anggota keluarga banduan yang menyatakan rasa gembira dengan pelaksanaaan program itu," kata Najib.

Suasana di pusat pemulihan itu, katanya, juga amat baik dengan banduan dibenarkan bertemu dengan keluarga mereka setiap hari, serta dibenarkan untuk bekerja dan menabung.

Najib menyifatkan program pemulihan pemasyarakatan yang julung-julung kalinya dilancarkan ini sebagai amat unik dan berkemungkinan "hanya satu-satunya yang wujud di dunia."

Selain di Kem Mahkota, kerajaan akan melaksanakan program pemulihan pemasyarakatan itu di Kem Desa Pahlawan, Kelantan, Kem Tok Jalai, Alor Setar, Kedah, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan dan Kem Batu 10, Kuantan, Pahang, di dalam fasa pertama.

Najib berkata, menerusi penerapan pemikiran "Strategi Lautan Biru" kerjasama ATM dan PDRM turut meliputi perggunaan kemudahan ATM bagi tujuan latihan rekrut-rekrut polis dan rondaan bersama di antara kedua-dua agensi keselamatan itu di kawasan panas.

Selain itu, katanya, kerjasama ATM-PDRM itu juga membabitkan pengambilan bekas tentera untuk menjadi anggota polis, yang baik bagi membekalkan anggota polis yang berpengalaman dalam jangka masa yang pendek.

  Sumber BERNAMA

- Bhg. Audit Prestasi -

Inovasi: Malaysia pada kedudukan 24 daripada 133 negara

SIBU 27 April – Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-24 daripada 133 negara bagi kecanggihan dan inovasi perniagaan oleh Forum Ekonomi Dunia di dalam Laporan Daya Saing Global 2009-2010nya.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, kedudukan itu boleh dinaikkan lagi apabila inovasi dijadikan satu budaya di kalangan sektor awam dan swasta.

"Sungguh pun begitu, ini masih lagi kedudukan yang tinggi kerana kita mengatasi New Zealand (kedudukan ke-27), China (ke-29) dan Itali (ke-34),” katanya semasa merasmikan seminar sehari mengenai transformasi, inovasi dan perkongsian anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini hari ini.
Katanya, setiap orang dalam masyarakat perlu terlibat untuk membantu negara membangunkan satu ekonomi yang diterajui inovasi.

Oleh itu, kreativiti di dalam masyarakat perlu dipupuk kerana ia merupakan asas bagi inovasi.
"Kita perlu belajar untuk berfikir di luar kotak, yang sepatutnya menjadi budaya dan amalan harian kita,” kata Jacob.

Sumber Bernama

- JPS Perak -

Monday, 21 March 2011

LAPORAN PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INOVASI JPS MALAYSIA BAGI SUKU TAHUN PERTAMA (JAN –MAC 2011)


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat kami no. rujukan (30) BAP 3/2 Jld. 3 bertarikh 21 Januari 2011 dan no. rujukan (49) BAP 3/2 Jld 3 bertarikh 1 Mac 2011 adalah berkaitan.

2.            Sebagaimana Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan maklum, Pelan Tindakan Inovasi perlu diterapkan di dalam Rancangan Kerja Tahunan Bahagian dan mencapai sekurang-kurangnya 80% markah penilaian di dalam sasaran kerja tahunan. Penilaian ini akan dilaksanakan pada setiap suku tahun dan pencapaiannya akan dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi JPS Malaysia.

3.            Sehubungan dengan itu, Pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi bagi suku tahun pertama akan dinilai bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 Mac 2011. Oleh yang demikian, sukacita dipohon kerjasama dari pihak Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mengemaskini semua laporan dan maklumat yang berkaitan dalam E-Pusat Sumber Inovasi JPS Malaysia selewat-lewatnya pada 30 Mac 2011 untuk tindakan kami selanjutnya. Bagi tujuan itu, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan boleh memuat turun garispanduan Penilaian Pelaksanaan Inovasi JPS Malaysia dan Format Pelaporan di sini.

4.            Kerjasama dan perhatian dari Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
                Sekian, terima kasih.