Thursday 31 March 2011

Inovasi: Malaysia pada kedudukan 24 daripada 133 negara

SIBU 27 April – Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-24 daripada 133 negara bagi kecanggihan dan inovasi perniagaan oleh Forum Ekonomi Dunia di dalam Laporan Daya Saing Global 2009-2010nya.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan berkata, kedudukan itu boleh dinaikkan lagi apabila inovasi dijadikan satu budaya di kalangan sektor awam dan swasta.

"Sungguh pun begitu, ini masih lagi kedudukan yang tinggi kerana kita mengatasi New Zealand (kedudukan ke-27), China (ke-29) dan Itali (ke-34),” katanya semasa merasmikan seminar sehari mengenai transformasi, inovasi dan perkongsian anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini hari ini.
Katanya, setiap orang dalam masyarakat perlu terlibat untuk membantu negara membangunkan satu ekonomi yang diterajui inovasi.

Oleh itu, kreativiti di dalam masyarakat perlu dipupuk kerana ia merupakan asas bagi inovasi.
"Kita perlu belajar untuk berfikir di luar kotak, yang sepatutnya menjadi budaya dan amalan harian kita,” kata Jacob.

Sumber Bernama

- JPS Perak -

No comments:

Post a Comment