Monday 25 April 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARAS INOVASI BIL 1/2011


Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil 1/2011 telah diadakan pada 19 April 2011 di Bilik Gerakan, JPS Ibu Pejabat dan telah dipengerusikan oleh pengarah Bahagian Audit Prestasi iaitu En. Amiruddin bin Alaldin. Seramai 36 orang pegawai mewakili JPS Negeri, Bahagian, RTB dan UPPP telah hadir ke mesyuarat ini.

Kekerapan Mesyuarat Penyelaras Inovasi akan diadakan sebanyak empat kali setahun iaitu pada bulan April, Julai, Oktober dan Disember. Mesyuarat telah mengambil maklum mengenai cabaran PEMUDAH Musim Kedua 1000 Idea untuk RM 1 juta yang telah dilancarkan pada 29 Mac 2011 sehingga 31 April 2011. Cabaran ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengerusi berharap warga JPS dapat menyertai cabaran PEMUDAH kali ini.

Antara perkara berbangkit yang telah di bincangkan antaranya adalah : 

1.      Laporan Pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi JPS Malaysia
2.      Pembentangan Anugerah Indeks Akauntabiliti
3.      Pembentangan Anugerah 5S
4.      Status Pengauditan QMS / EMS /OHSAS JPS Malaysia

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan ucapan terima kasih dari pengerusi kepada semua pihak yang terlibat. Sehingga berjumpa lagi di mesyuarat akan datang.

                              









No comments:

Post a Comment