Thursday 31 March 2011

Festival inovasi dan kreatif

FESTIVAL INOVASI & KREATIVITI


  23-28 Mac 2011 UTM, Skudai, Johor

MISI
Pelaksanaan program inovasi bersifat terbuka melalui penglibatan masyarakat luar melihat sendiri aktiviti-aktiviti inovasi serta bahan pamer yang bersifat interaktif hasil penyelidikan dan rekacipta warga UTM serta industri berkaitan.

 MATLAMAT
Menganjurkan sebuah program peringkat universiti yang mendedahkan inovasi dan kreativiti UTM sepenuhnya seperti yang pernah dilaksanakan oleh sebuah universiti ternama iaitu Rochester Institute of Technology (RIT), Califonia. Pelaksanaan Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM 2011 akan melibatkan pelbagai program-program inovasi yang menarik dan melibatkan interaksi seluruh warga UTM serta masyarakat luar pelbagai lapisan.

OBJEKTIF PENGANJURAN PROGRAM
Objektif penganjuran program Festival Inovasi Dan Kreativiti UTM 2011 adalah digariskan seperti berikut:
 Untuk mengetengahkan hasil rekacipta dan inovasi warga UTM kepada masyarakat luar.

Untuk menonjolkan UTM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menerajui aktiviti rekacipta dan inovasi di Malaysia.

Untuk memberi peluang kepada masyarakat luar melawat dan mengenali UTM dan warganya dengan lebih dekat.

Untuk memberi pengiktirafan kepada individu-individu yang telah berjaya memperkembangkan inovasi dan kreativiti di Malaysia dalam meningkatkan taraf hidup serta kualiti hidup masyarakatnya.

Menarik Di Festival
http://www.events.utm.my/innovation-festival/category/events/

Website: http://www.events.utm.my/innovation-festival/

No comments:

Post a Comment