Thursday 31 March 2011

Pemenang Cabaran PEMUDAH Musim Pertama

Majlis penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang  PEMUDAH Challange Musim Pertama telah diadakan pada 29 Mac 2011 yang bertempat di PICC, Putrajaya.Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Mohd Sidek Haji Hassan, Ketua Setiausaha Negara bersama dengan Y.Bhg. Tan Sri Yong Poh Kon, Pengerusi Bersama PEMUDAH.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pemenang-pemenang PEMUDAH Challenge Musim Pertama yang telah berlangsung sepanjang bulan Disember 2010.Penyertaan yang hanya dibuka kepada anggota sektor awam telah menerima sambutan yang baik dengan 1,105 penyertaan diterima oleh pihak Sekretariat. Daripada jumlah ini, pihak PEMUDAH telah mengenalpasti 67 idea-idea bernas yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan .

TAHNIAH  kepada En. Amiruddin bin Alaldin yang telah yang telah memberikan idea bernas dan juga telah dipilih sebagai pemenang bagi PEMUDAH Challenge Musim Pertama. Senarai penuh pemenang, di sini Moga akan bertambah pemenang dari JPS Malaysia untuk Cabaran PEMUDAH Musim Kedua yang akan berlangsung tidak lama lagi. 

- Audit Prestasi -
 

No comments:

Post a Comment