Deraf pertama Pelan Tindakan Inovasi dirangka pada 2 Disember 2010 melalui Makmal Penghasilan Pelan Tindakan Inovasi. Wakil dari semua pejabat JPS Bahagian dan Negeri yang dijemput untuk menjadi Ahli Makmal terdiri dari sekurang-kurangnya Timbalan Pengarah dari setiap pejabat.
Deraf ini telah diluluskan oleh MAMPU pada 8 Disember 2010, seterusnya oleh diluluskan Jawatankuasa Pemandu Inovasi pada 28 Disember 2010.
Pada 21 Januari 2011, Y. Bhg. Dato' Ketua Pengarah telah mengarahkan agar Pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi JPS Malaysia ini diterapkan dalam Sasaran Kerja Tahunan serta Rancangan Kerja Tahunan Bahagian dengan mencapai sekurang-kurangnya 80% markah penilaian.
Bagi memastikan amalan inovasi dapat dilaksanakan dengan lancar, Garispanduan Penilaian Pelan Tindakan Inovasi JPS Malaysia telah dihasilkan oleh Bhg. Audit Prestasi. Garispanduan ini boleh diperolehi di sini.
No comments:
Post a Comment