Monday, 21 March 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 1-2011


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas, Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 1 Tahun 2011 yang akan diadakan seperti berikut :-
                       
                             Tarikh               :     12 April 2011 (Selasa)

                             Masa                 :     8.00 pagi hingga 5.00 petang

                             Tempat              :     Dewan Teratai, JPS Ampang.

2.         Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk melaporkan kemajuan pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi seluruh JPS Malaysia sepanjang tempoh 1 Januari hingga 30 Mac 2011.

3.         Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan untuk mengisi Borang pengesahan kehadiran dan kembalikan pada atau sebelum 4 April 2011 (Isnin) . Salinan Minit Mesyuarat JK Penyelaras Inovasi Bil. 1/2010, Tentatif agenda mesyuarat mesyuarat JK Penyelaras Inovasi bil. 1/2011, serta borang pengesahan kehadiran boleh diperolehi di sini. Sebarang pertanyaan berkenaan mesyuarat sila hubungi Pn. Nur Sa’idah binti Kamis di talian 03 – 2697 2955.

4.         Kerjasama Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan berikan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
                       
                       
Sekian, terima kasih.

BAHAGIAN AUDIT PRESTASI

No comments:

Post a Comment